1)Asyik resah melihat jam di tangan ketika bersama anda
Selalunya anda dan si dia menghabiskan waktu yg lama bersama..tetapi sejak kebelakangan ini si dia asyik resah apabila bersama anda dan sesekali menjeling jam di tangan seolah-olah ada hal lain yg lebih penting..Si dia juga sering mengejar masa sehingga anda sanggup ditinggalkan berseorangan kerana kononnya "ada masalah sikit"..
2)Tiba-tiba sahaja mengadu sakit ketika dating
Sedang asyik berdating dan anda sedang berseronok,tiba-tiba saja si dia mengadu sakit dan ingin pulang awal ke rumah.Ada saja sakitnya..sakit perut la,sakit kepala la,pening,lenguh,rasa nak demam blablabla..Sedangkan sebelum ni anda lihat si dia sihat dan tidak menunjukkan tanda-tanda langsung untuk jatuh sakit..Apabila anda menawarkan diri untuk menghantarnya ke klinik atau pulang ke rumah,si dia menolak bersungguh-sungguh dan ingin pulan bersendirian..Jaga-jaga,kemungkinan si dia mencari alasan untuk melarikan diri untuk berjumpa dengan kekasih lain..
3)Sering menolak pelawaan kamu untuk keluar bersama
Jika dulu,si dia ceria apabila anda mengajaknyakeluar sama ada menonton wayang atau sekadar bersiar-siar..tetapi kini si dia sering menolak dengan seribu alasan..Jika si dia keluar pun,itu setelah puas dipujuk dan si dia keluar dalam keadaan terpaksa..Situasi ini mungkin disebabkan si dia sudah bosan dengan anda dan ingin meninggalkan anda..
4)Menjadi panas baran dan sering mencari kesilapan anda
Si dia berubah sikap dariseorang yg penyayang menajdi pemarah..Kesilapan anda yg kecil sekalipun seolah-olah besar baginya dan anda sering dimarahi walaupun di depan orang ramai..Walaupun anda sedaya-upaya mengelak melakukan kesilapan,si dia tetap cuba mencari kesilapan anda..
5)Tidak membenarkan anda membelek telefon bimbitnya
Sudah menjadi lumrah buat pasangan bercinta,suka membelek-belek telefon pasangannya.Jika si dia jujur dan ikhlas dengan anda,sudah pasti si dia membenarkan anda melihat isi kandungan di dalam telefon bimbitnya..si dia tak perlu takut dan memcari beribu alasan untuk mengelak memberi telefon kepada anda..
6)Tidak lagi rajin menelefon anda
Di awal percintaan,si dia asyik menelefon anda sehingga berkali-kali dalam satu hari..Si dia sentiasa mengambil berat tentang anda..Jika satu hari tidak mendengar suara anda,pasti si dia resah.tetapi sekarang,si dia tidak lagi rajin menelefon anda dan ada kalanya tidak menelefon langsung!Anda pula yg terpaksa menelefonnya dan kelihatan terdesak.Apabila ditanya,ada saja alasannya dan paling popular ialah SIBUK!
7)Berubah sikap dengan ketara
Jika dulu si dia romantik bersama anda,sekarang si dia begitu hambar..Jika dulu sering berkongsi cerita dan masalah serta bergurau senda,sekarang si dia lebih banyak membisu..Malah si dia tidak lagi mempamerkan kasih sayangnya pada anda dan melayan anda seolah-olah teman biasa..
8)Asyik lewat ketika temu janji
Anda sudah berjanji untuk berjumpanya di suau tempat,tetapi setelah berjam-jam tunggu baru lah nampak bayangnya.Anda merajuk tetapi si dia sudah bersiap sedia dengan pelbagai alasan seperti trafik jam,masalah di tempat kerja atau paling mudah terlupa.Jika sekali dua terlewat mungkin boleh dimaafkan tetapi jika dah selalu,pasti ada SEBAB lain yg lebih logik dari trafik jam..
9)Menerima panggilan telefon secara rahsia
Sedang makan-makan bersama,si dia menerima panggilan telefon atau SMS.Jika biasanya si dia tidak kisah berbual di telefon atau membuka SMS di hadapan anda,kini si dia menyoroknya ketika menjawab telefon..Jika sedang duduk,si dia akan bangun dan berbual jauh dari anda..atau ketika sedang berjalan,si dia menjarakkan diri dari anda..
10)Mematikan telefon ketika bersama anda
Anda pasti hairan sekiranya si dia asyik mematikan telefon bimbitnya ketika bersama anda sedangkan dahulu si dia tidak begitu..Apabila kamu bertanya,si dia menjawab kononnya tidak mahu menggangu masanya ketika bersama anda ataupun bateri habis..kalau sekali dua mungkin perkara biasa tetapi jika selalu,mungkin anda patut berasa curiga..
11)Telefon bimbitnya selalu engaged,tidak berjawab atau terus off
Ketika kamu cuba menghubunginya,hensetnya sering off..Jika tidak off,taliannya sering sibuk,tidak berjawab atau engaged hingga kadang kala berjam-jam lamanya..Anda pasti jemu jika setiap kali cuba menghubunginya,telefon bimbitnya seolah-olah tidak berfungsi..Tak guna ada telefon jika tidak boleh dihubungi..Si dia mungkin sengaja mematikan telefon bimbitnya ketika bersama kekasih lain
12)Kerap memberi alasan sibuk dan penat
Anda mungkin sudah merancang sesuatu bersamanya ketika hujung minggu tetapi si dia memberi alasan sibuk dan tidak dapat bersama anda..Si dia juga sanggup membatalkan temu janji atas alasan terlalu penat.Anda sering dibiarkan terkial-kial di hujung minggu tanpa aktiviti menarik..Anda cuba untuk memahami tetapi jika si dia asyik selalu sibuk dan penat,tentu hilang kesabarannya bukan?Anda perlu menyiasat sama ada si dia benar-benar sibuk atau hanya berpura-pura sibuk kerana ada urusan dengan wanita lain..
13)Sering tersasul menyebut nama wanita lain
Pelik apabila sedang anda berbual-bual dengannya ,si dia memanggil anda dengan nama wanita lain..Apabila tersedar,si dia cepat-cepat mengubah topik atau memberi alasan,cuba menguji anda..Jadi berhati-hati,mungkin si dia mempunyai banyak teman wanita..
14)Sepi tanpa berita
Si dia mungkin terpaksa berjauhan dengan anda..Ada kalanya berjauhan menyebabkan kekasih boleh berlaku curang.Ini kerana kamu tidak dapat melihat gerak gerinya atau juga si dia bosan tanpa teman..Jika pada awalnya si dia sering menghantar SMS atau menelefon anda sekurang-kurangnya sekali sehari tetapi kini si dia lebih banyak sepi tanpa berita..Jika anda berjaya menghubunginya,sikapnya hambar dan tidak lagi seperti dahulu..Mungkin si dia sudah mendapat pengganti anda ditempat barunya itu
15)Marah apabila anda bertanyakan aktivitinya
Sebagai kekasih,sudah pasti anda ingin mengetahui aktiviti hariannya bukan?Pertanyaan ini bukanlah bermaksud anda penyibuk dan ingin mengetahui segala aktivitinya,tetapi sekadar mengambil berat.Jika kekasih anda jujur,pertanyaan mudah ini akan dijawab tanpa rahsia.tetapi jika pertanyaan ini menimbulkan kemarahannya tanpa sebab,anda mempunyai sebab untuk meragui si dia..
****=))) thanks 2 macam2 ada lgi..heheheeee...
=)))
No comments:
Post a Comment
...hye..
nak komen ker???
=) komen la kat bawah ni ...